Nabi Muhammad menjawab : “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallahtiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang.
Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
*InsyaAllah sama-sama kita mengamalkannya.
No comments:
Post a Comment